Online Support
Jan 27th
Untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami, pihak syarikat telah bersetuju untuk menyediakan perkhidmatan ‘online support’. Kepada semua pengunjung laman web rasmi kami, anda boleh mengajukan sebarang pertanyaan mengenai Score A Programme menggunakan perkhidmatan tersebut sekiranya perunding perkhidmatan kami ada ditalian.
Diharap dengan adanya perkhidmatan baru kami ini, para pengunjung yang berminat dengan Score A Programme akan memperolehi informasi yang lengkap tentang program tersebut.







