Masalah Pelajar semasa di Sekolah
Jan 12th

Pada umumnya kita beranggapan bahawa anak itu malas belajar apabila mereka tidak mahu mengikuti pelajaran di sekolah. Biasanya kita akan menegurnya dan akhirnya meminta bantuan guru mereka. Sesungguhnya ada banyak punca mengapa anak mengalami kesukaran belajar; sikap malas hanyalah salah satunya daripadanya. Banyak faktor lain lagi mengganggu terjadinya masalah tersebut.
- Anak tidak mampu mengikuti pelajaran kerana kecerdasannya tidak memadai. Ibubapa mesti menilai tahap kemampuan anak dengan tepat dan memberi pendidikan di sekolah yang sesuai dengan naluri, keadaan dan kebolehannya. Jika kita lihat, anak telah berusaha dan belajar dengan tekun namun hasilnya tetap tidak memadai. Itu bererti tuntutan sekolah melampaui kebolehannya. Bila kita memaksakannya anak akan tertekan dan akibatnya, aspek lain dari perkembangan dirinya akan terganggu.







