Tutorial Score A Programme (Bhg. 1)

Score A Programme merupakan kaedah baru untuk pembelajaran anak-anak pada zaman ICT ini. Bercirikan webucation (web + education), Score A merupakan portal e-learning yang pertama dan terunggul di Malaysia. Berkonsepkan tambah nilai (top-up) untuk guna, dan portal untuk satu keluarga dengan satu harga bagi semua subjek dan tahap sekolah, Score A mampu dilanggan oleh semua keluarga di Malaysia.

Bagi pelanggan-pelanggan baru dan mereka yang masih belum memahami bagaimana cara untuk menggunakan Portal Score A Programme ini, saya telah menyediakan satu tutorial yang ringkas untuk anda. Diharap dengan adanya tutorial ini akan dapat memudahkan lagi anak-anak dan ibubapa untuk menggunakan Portal Score A Programme kami ini. Pada tutorial bahagian pertama ini, saya ingin menerangkan bagaimana caranya untuk mengakses ke eExamination Hall dan membuat latihan/ujian dengan Portal Score A.
 

Akses ke eExamination Hall

  1. Layari laman web wwww.scoreA.com. Anda akan dipaparkan dengan laman seperti ini :-


    Laman utama Score A Programme

  2. Masukkan ID dan Password pada bahagian [Student Login] untuk mengakses masuk ke eExamination Hall.
  3. Read the rest of this entry »

Mengapa perlu e-Learning?

Score A Examination Hall

Di Malaysia, kehadiran e-learning masih lagi baru jika dibandingkan dengan negara-negara barat khasnya di US, di mana sesetengah sekolah telah menjadikannya sebagai satu kaedah asas pembelajaran bagi menggantikan teknik-teknik pembelajaran tradisional. E-learning di negara kita lebih menjurus kepada pembelajaran secara jarak jauh dan online yang kebanyakannya hanya ditawarkan di peringkat Universiti serta kolej-kolej swasta yang menjalankan usahasama dengan Universiti-universiti luar negara.

Antara pusat pengajian tinggi tempatan yang menawarkan pembelajaran secara maya ini ialah Universiti Putra Malaysia melalui Program IDEAL (Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh). UPM julung-julung kalinya menawarkan program Bachelor Komunikasi secara maya. Walaupun yurannya kelihatan agak tinggi berbanding dengan program ijazah saluran biasa, namun jika dibandingkan dengan corak pembelajarannya ia dianggap berbaloi, dengan jadual kuliah yang fleksibel, nota dan tutorial yang boleh didapati daripada Internet serta kuliah secara online. Dengan tidak disedari, ianya dapat menjimatkan kos dan masa terutamanya bagi mereka yang berkerja sepenuh masa serta tempat tinggal yang jauh dari universiti. Dalam erti kata yang lain, melalui pembelajaran secara maya ini, tiada lagi jurang masa dan jarak yang menjadi halangan untuk belajar.

Read the rest of this entry »

3 Perkara Utama Punca Lupa

Masalah lupa sering dialami oleh semua orang terutamanya para pelajar. Mereka mudah lupa apa yang disampaikan oleh guru. Ada dua persoalan. Pertama, mengapa mereka mudah lupa dan kedua, bagaimana mereka mengatasinya?

Kenapa kita lupa? Kata orang tua-tua, “orang yang suka makan kepala ikan mudah lupa“. “Orang yang meminum air mengandungi semut juga mudah lupa“. Benarkah itu? Saya pun tidak pasti. Namun yang penting kita perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan berzat. Kita juga wajib memilih makanan bersih. Kalau asyik makan kepala ikan di mana ada zatnya? Dan sekiranya minum air yang mengandungi semut sudah tentulah air itu tercemar.

punca pelajar mudah lupa

Apakah sebab lain yang memungkinkan anda mudah lupa? Mungkin tekanan pelajaran, tekanan kerja rumah, tekanan di rumah, semua perlu disiapkan cepat dan macam hal lain lagi. Semua itu membuatkan anda merasa tidak teratur dan tidak terurus terutamanya dari segi masa. Fikiran dan perasaan yang tidak tenteram akan menghasilkan jiwa yang tidak tenteram. Perasaan ini akan mempengaruhi cara anda berfikir.

Read the rest of this entry »

Trend Pendidikan Masa Kini

e-learning

Revolusi Dalam Pendidikan

Pelbagai jenis perubahan/pembangunan telah berlaku dalam kehidupan harian kita. Dahulu dan kini banyak bezanya. Begitu juga dengan pendidikan. Jika dahulu kita menerima pendidikan dengan pengajaran di sekolah sahaja. Tugasan mengajar anak-anak diserahkan 100% kepada tanggungjawab guru. Ini berlaku kerana kebanyakan ibubapa pada masa tersebut kurang/tidak tahu tentang pendidikan. Mungkin juga ada ibubapa yang buta huruf. Maka tanggungjawab mengajar anak-anak diserahkan kepada guru. Ibubapa hanya mengeluarkan belanja untuk pendidikan anak-anak. Kaedah penggunaan buku sangat paraktikal pada masa tersebut. Pelajar yang tidak mempunyai buku seperti yang disarankan oleh guru akan sedikit ketinggalan daripada pelajar lain. Pentingnya buku pada masa itu. Banyak buku rujukan/latihan yang terdapat dipasaran. Pelajar dan Ibubapa hanya perlu bijak memilih buku yang berkauliti sahaja.

Semakin banyak perubahan telah berlaku. Ibubapa juga semakin bijak menguruskan pendidikan anak-anak mereka. Ramai ibubapa yang sedar tentang kepentingan pendidikan kepada anak-anak mereka bagi menempuhi cabaran hidup yang semakin sengit. Ibubapa mengambil pendekatan lain bagi memajukan lagi tahap/taraf pendidikan anak-anak mereka dengan mengambil kelas pembelajaran tambahan untuk anak-anak. Pembelajaran dan pengajaran di sekolah dirasakan tidak mengcukupi untuk anak-anak mereka bersaing mendapat kecemerlangan dalam pelajaran. Maka pada masa tersebut banyak wujud pusat-pusat tuisyen. Pelajar yang mempunyai ibubapa yang berkemampuan menghantar mereka ke kelas tuisyen dilihat lebih cemerlang dalam akademik berbanding mereka yang tidak berkemampuan. Ini kerana mereka lebih terdedah kepada pelabagai bentuk pengajaran dan pembelajaran yang berlainan dan mungkin lebih menarik minat mereka untuk belajar di sana berbanding dengan di sekolah.

Read the rest of this entry »

Online Support

kenshidoUntuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami, pihak syarikat telah bersetuju untuk menyediakan perkhidmatan ‘online support’. Kepada semua pengunjung laman web rasmi kami, anda boleh mengajukan sebarang pertanyaan mengenai Score A Programme menggunakan perkhidmatan tersebut sekiranya perunding perkhidmatan kami ada ditalian.

Diharap dengan adanya perkhidmatan baru kami ini, para pengunjung yang berminat dengan Score A Programme akan memperolehi informasi yang lengkap tentang program tersebut.

  • Pertanyaan

    Sila hubungi kami melalui telefon atau email untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Score A Programme ini.
    019-611 0482 (Cik Suraya)
    012-233 5360 (Pn. Salmah)
    Email
  • Prof. Dr. Hamka:
    Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba... datang tidak menentu masa... datang di saat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!
  • Seminar / Preview
    Score A Programme™

    B.O.O.M
    TEMPAT
    MASA
    HQ, Kota Damansara
    Selasa
    (8:30 PM)
    HQ, Kota Damansara
    Jumaat
    (8:30 PM)
    ZRB, Bandar Tasik Selatan
    Selasa
    (8:30 PM)
    ZRB, Bandar Tasik Selatan
    Khamis
    (8:30 PM)
    ZRB, Bandar Tasik Selatan
    Sabtu
    (3:00 PM)
    ZRB, Bandar Tasik Selatan
    Ahad
    (10:00 AM)
    Kota Bharu, Kelantan
    Sabtu
    (11:00 AM)
    Kuantan, Pahang
    Sabtu
    (8:30 PM)
    N.D.O
    TEMPAT
    MASA
    ZRB, Bandar Tasik Selatan
    Sabtu
    ZRB, Bandar Tasik Selatan
    Ahad
    T.T.C
    TEMPAT
    MASA
    ZRB, Bandar Tasik Selatan
    Selasa
    (8:30 PM)

    Sila hubungi kami melalui email untuk
    dapatkan alamat lengkap tempat preview

  • Terma & Syarat

    --- PERINGATAN! ---
    Laman ini merupakan laman persendirian milik ejen Score A Programme yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai, para pelajar dan juga ibu bapa.

    Anda dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran bertulis (RSS dibenarkan).


  • Google Analytics Alternative Google PageRank

  • This site is protected by WP-CopyRightPro
    [close]