Pelbagai kaedah telah dibuat untuk membantu para pelajar untuk berjaya dalam pelajaran. Pihak sekolah dengan cara mereka (kelas tambahan, buku tambahan + buku yang dah sedia ada). Ibubapa lain pula caranya, hantar anak tuisyen sana sini (ni pun kalau yang berkemampuan la), anak nak buku itu ini, ibubapa sanggup belikan, asalkan anak nak belajar. Tapi bukankah ini sikit sebanyak membebakan para pelajar dengan buku yang bertimbun?

Berapa ramaikah yang tahu?… Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar. Inilah sebabnya ramai pelajar mendapat markah yang sederhana.
Read the rest of this entry »