Program Score A dan Sijil Pengesahan Patuh Syariah
Feb 11th

Beberapa hari yang lalu saya telah publish artikel tentang “Kenshido International diiktiraf Syariah Compliance“. Dalam artikel tersebut, telah dijelaskan tentang Score A Programme dan skim Multi Level Marketing (MLM). Juga diterangkan tentang syarat-syarat sah MLM dari segi syariah yang dipatuhi oleh Kenshido International Sdn. Bhd. (iaitu syarikat yang mengeluarkan Score A Programme) sehingga berjaya mendapat pengiktirafan yang sangat istimewa ini.
Score A Programme merupakan produk e-pendidikan yang sememangnya diperlukan bagi setiap pelajar dan juga ibu bapa. Pelan pemasaran dijalankan secara MLM adalah untuk memperluaskan lagi penggunaan produk yang bermutu tinggi ini. Dari segi syariah pula, Kenshido International mempunyai bukti yang kukuh bahawa produk Score A Programme dan pelan pemasaran MLM ini adalah diiktiraf patuh syariah. Ini telah disahkan sendiri oleh ahli Panel Penasihat Syariah iaitu Ustaz Dr Engku Fadzil (Pensyarah Undang-undang Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dan Ustaz Azizi Seman (Pensyarah Syariah Ekonomi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya) yang telah menjalankan kajian dan pemerhatian ke atas Kenshido International Sdn. Bhd. dan juga Score A Programme.
Selamat Datang ke Laman Score A Programme™
Dec 31st
Laman web ini merupakan laman persendirian milik Reka Impian Sinergi (001913063-P) yang juga merupakan agen Score A Programme. Tujuan laman ini adalah untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai, para pelajar dan ibu bapa tentang program pembelajaran output yang terunggul di Malaysia pada masa kini.
Syukur Alhamdulillah, akhirnya laman ini berjaya disiapkan. Sempena Pelancarannya pada 1 Januari 2010, diharap perniagaan ini dapat berjalan dengan lancar dan mampu mengubah masa depan anda juga. Insyaallah!!
Bersama kita membina generasi yang berilmu dan masyarakat yang maju.







