Trend Pendidikan Masa Kini
Jan 27th

Revolusi Dalam Pendidikan
Pelbagai jenis perubahan/pembangunan telah berlaku dalam kehidupan harian kita. Dahulu dan kini banyak bezanya. Begitu juga dengan pendidikan. Jika dahulu kita menerima pendidikan dengan pengajaran di sekolah sahaja. Tugasan mengajar anak-anak diserahkan 100% kepada tanggungjawab guru. Ini berlaku kerana kebanyakan ibubapa pada masa tersebut kurang/tidak tahu tentang pendidikan. Mungkin juga ada ibubapa yang buta huruf. Maka tanggungjawab mengajar anak-anak diserahkan kepada guru. Ibubapa hanya mengeluarkan belanja untuk pendidikan anak-anak. Kaedah penggunaan buku sangat paraktikal pada masa tersebut. Pelajar yang tidak mempunyai buku seperti yang disarankan oleh guru akan sedikit ketinggalan daripada pelajar lain. Pentingnya buku pada masa itu. Banyak buku rujukan/latihan yang terdapat dipasaran. Pelajar dan Ibubapa hanya perlu bijak memilih buku yang berkauliti sahaja.
Semakin banyak perubahan telah berlaku. Ibubapa juga semakin bijak menguruskan pendidikan anak-anak mereka. Ramai ibubapa yang sedar tentang kepentingan pendidikan kepada anak-anak mereka bagi menempuhi cabaran hidup yang semakin sengit. Ibubapa mengambil pendekatan lain bagi memajukan lagi tahap/taraf pendidikan anak-anak mereka dengan mengambil kelas pembelajaran tambahan untuk anak-anak. Pembelajaran dan pengajaran di sekolah dirasakan tidak mengcukupi untuk anak-anak mereka bersaing mendapat kecemerlangan dalam pelajaran. Maka pada masa tersebut banyak wujud pusat-pusat tuisyen. Pelajar yang mempunyai ibubapa yang berkemampuan menghantar mereka ke kelas tuisyen dilihat lebih cemerlang dalam akademik berbanding mereka yang tidak berkemampuan. Ini kerana mereka lebih terdedah kepada pelabagai bentuk pengajaran dan pembelajaran yang berlainan dan mungkin lebih menarik minat mereka untuk belajar di sana berbanding dengan di sekolah.
Online Support
Jan 27th
Untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami, pihak syarikat telah bersetuju untuk menyediakan perkhidmatan ‘online support’. Kepada semua pengunjung laman web rasmi kami, anda boleh mengajukan sebarang pertanyaan mengenai Score A Programme menggunakan perkhidmatan tersebut sekiranya perunding perkhidmatan kami ada ditalian.
Diharap dengan adanya perkhidmatan baru kami ini, para pengunjung yang berminat dengan Score A Programme akan memperolehi informasi yang lengkap tentang program tersebut.







