Ciri-ciri Unik Score A Programme

Kelebihan Modul Score A Programme

eTopic™
- Soalan-soalan berpandukan topik
- Pembelajaran output sebaik sahaja selesai pelajaran input tentang sesuatu topik bagi membantu pelajar lebih memahami setiap topik dalam mata pelajaran yang mereka pelajari;
- Markah lulus 80% iaitu A;
- Penandaan adalah serta-merta; juga
- Keputusan adalah serta-merta dan dihantar ke eReport Card dan sms ke telefon bimbit ibubapa.

eAssessment™
- Soalan-soalan Umum
- Direkabentuk bercorakan GAME, terdapat sistem ranking yang menggalakkan persaingan sihat
- Terdapat 3 peringkat (Easy, Medium & Hard) Pelajar perlu lulus tahap pertama untuk pergi ke tahap seterusnya (80 markah dan ke atas)
- Penandaan dan keputusan adalah serta merta
- Keputusan akan dihantar ke e-Report Card dan di sms ke telefon bimbit ibubapa

Objektif utama eAssessment™:-
1. Menyediakan pembelajaran output secara terus.
2. Meningkatkan keupayaan menghadapi peperiksaaan dengan membenarkan pelajar membuat latih tubi tanpa had.
3. Membantu menjawab soalan dengan betul setiap kali dalam percubaan yang pertama.
4. Menanam sikap untuk membaca dan memahami soalan sebelum menjawab.
eTrial Exam™
- Dicipta seolah-olah peperiksaan sebenar untuk membantu pelajar bersedia dan meningkatkan keyakinan sebelum peperiksaan sebenar;
- Melatih pelajar agar pandai mengurus masa dan terdedah dengan pelbagai bentuk soalan peperiksaan; juga
- Keputusan adalah serta merta dan dihantar ke e-Report Card dan di sms kepada ibubapa.

eNational Trial Exam™
- Peperiksaan percubaan secara online yang diadakan serentak di seluruh Negara.

ePast Year Exam™
- Soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas disediakan khas untuk membantu pelajar mengenal corak dan bentuk soalan sebenar supaya pelajar mencapai kecemerlangan ‘A’; juga
- Satu-satunya e-learning yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Ciri-ciri Lain
eProgress™
- Carta pemantauan yang membolehkan ibubapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic™. Ciri ini adalah satu kaedah pemantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibubapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic™ anak-anak mereka.
- Ibubapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu menunjukkan topik-topik yang didapati sukar.
- Membolehkan ibubapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.

eNotes™
- Nota ringkas tetapi padat
- Disediakan dari guru-guru pakar mata pelajaran
- Membantu pelajar untuk mengulangkaji dan membuat rujukan
- Berkonsepkan peta minda.
- Boleh dicetak

eReport Card™ (Online dan sms)
- Memudahkan ibubapa memeriksa prestasi akademik anak;
- Membantu ibubapa memantau kekuatan dan kelemahan anak;
- Mendapat tahu perkembangan anak pada bila-bila masa; juga
- Membolehkan ibubapa memberi bantuan serta-merta.
- Tidak lagi sekadar mengharapkan report card daripada sekolah sahaja yang mana pada masa itu semuanya sudah terlambat.

Contoh keputusan yang dihantar ke telefon bimbit (SMS)

eDictionary™
- Khas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, sebagai penterjemah kepada perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar.
- Terdapat 3 pilihan bahasa (Inggeris, Melayu & Cina)

Senarai Penganugerahan 100 Pelajar Cemerlang Seluruh Malaysia
- Direka untuk memberitahu ibubapa tahap anak-anak mereka berbanding dengan anak-anak murid setaraf di seluruh negara.
- Ini menggalakkan pelajar berusaha dengan lebih gigih supaya nama mereka dipamerkan didalam senarai penganugerahan ini.


Score A Programme™ –







