Kenshido International diiktiraf “Syariah Compliance”
Rupanya masih ramai lagi yang kurang yakin dengan “Score A Programme yang hebat ini, memandangkan terlalu banyak skim MLM di luar sana yang kebanyakannya hanya fokus untuk mendapatkan wang dengan cepat dan mudah sehingga ramai yang telah terpedaya dengan skim-skim tersebut. Isu syariah dalam perniagaan MLM turut diperkatakan kerana hasil pulangan dan pendapatan melalui skim MLM ini sering dikaitkan dengan halal dan haram, dunia dan akhirat, serta dosa dan pahala. Isu ini amatlah membimbangkan bagi kita yang beragama Islam.
Untuk pengetahuan anda, tidak semua skim MLM itu haram. Kenshido International Sdn.Bhd. telah mendapat “Syariah Compliance” dari Bank Muamalat. Ini terbukti Score A Programme adalah berlandaskan syariah yang betul. Panel Penasihat Syariah bagi Kenshido International Sdn Bhd. ialah:
**Mereka juga merupakan ahli panel Penasihat Syariah Bank Muamalat Malaysia)
Berbalik kepada isu syariah dalam perniagaan MLM. Saya rasa, isu ini sudah banyak dibincangkan. Hal ini penting dalam memastikan MLM yang dijalankan adalah mengikut hukum-hukum Islam. Merujuk kepada penulisan Ustaz Hj. Zaharuddin Hj. Abd Rahman melalui artikelnya yang bertajuk “Isu syariah dalam perniagaan MLM” di laman web beliau:
-
Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya
Produk yang ditawarkan mestilah benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius. Kualiti dan keberkesanannya mestilah dapat dibuktikan dan menjadi kekuatan kepada syarikat tersebut.
Kenshido International pada mulanya bukan syarikat berasaskan Network Marketing. Hanya selepas tempoh percubaan dan pembangunan Score A Programme dengan kerjasama Kementerian Pendidikan menunjukkan pencapaian cemerlang, barulah syarikat membuat keputusan menggunakan platform “Network Marketing” bagi meluaskan lagi penggunaan Score A Programme di kalangan pelajar untuk kecemerlangan dalam bidang pelajaran.
Ini adalah satu peluang yang baik kerana syarikat tidak hanya berhasrat memberikan portal pendidikan terbaik kepada para pelajar sekolah di Malaysia, malah mengambil kira beban yang ditanggung oleh ibu bapa untuk menampung kos pendidikan anak-anak di sekolah. Justeru itu, Score A Programme ini kini menjadi sumber pendapatan keluarga dan sumber kecemerlangan pelajar-pelajar di Malaysia.
Score A Programme mempunyai rekod prestasi yang cukup baik melalui testimoni para pelajar, ibubapa dan pihak sekolah. Selama 7 tahun, Score A Programme terus menyumbangkan kepada pembangunan pendidikan alternatif berasaskan online di negara ini. Jika anda masih ragu-ragu, sila layari http://www.scorea.com.
-
Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh
Score A Programme ialah produk “Output Learning” yang boleh diakses secara talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja (online tuition). Satu set portal mengandungi 2 kad untuk kegunaan satu keluarga (untuk 2 anak) selama 6 bulan. Harga hanya RM596 untuk semua subjek (100% mengikut silibus Kementerian Pendidikan).
Hubungi 019-611 0482 (Suraya) atau email ke rekaimpian@gmail.com untuk maklumat lanjut.
-
Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas
Keuntungan daripada jualan portal pengguna Score A Programme ialah jelas mengikut pakej yang dibeli oleh usahawan Score A Programme. Contohnya ahli ePartner (Pakej RM1,788) mendapat untung bersih RM1,192 selepas ditolak duit modal.
Bayaran bonus oleh Kenshido International ialah yang tertinggi di Malaysia setakat ini. Rujuk halaman “Pendapatan & Bonus” untuk maklumat lanjut.
Usahawan Score A Programme sama ada baru ataupun sudah lama dalam bisnes ini, bersaing secara sihat dalam level yang sama. Maksudnya pendapatan masuk hasil daripada usaha setiap ahli usahawan. Orang atas tidak akan dapat apa-apa jika hanya melaburkan modal tanpa berusaha. Tidak hairan jika ahli yang baru 3-4 bulan join dah masuk list Millionaire Earner.
-
Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijual
Setiap ahli yang menyertai Score A Programme juga adalah pengguna. Contohnya ibubapa yang menyertai dengan tujuan untuk memberikan program pendidikan terbaik untuk anak mereka. Apabila mereka memperkenalkan program ini kepada ibubapa yang lain, mereka mendapat keuntungan 100% daripada hasil jualan portal tersebut. Kami mementingkan kualiti produk dan perkhidmatan yang diberikan.
-
Tidak diwajibkan bagi ahli untuk menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komisyen dari orang bawahannya
Ahli hanya mengeluarkan modal sekali sahaja seumur hidup. Portal pendidikan Score A Programme ini tiada tarikh luput. Ia boleh disimpan untuk kegunaan sendiri atau dijual kepada pengguna lain dengan harga yang telah ditetapkan iaitu RM596. Setelah habis semua portal yang ada, ahli tidak perlu membeli portal baru, tetapi boleh membantu downline untuk menjual portal mereka (team work). Selain itu, jika anda prospek yang ingin menyertai mereka tetapi tidak mempunyai modal, portal ini boleh digunakan untuk menaja prospek tersebut.
-
Setiap ‘upline’ atau orang di atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya
Setiap ahli Score A Programme ialah ‘leader’. Setiap hari di seluruh Malaysia akan diadakan sesi preview/taklimat berkaitan program ini. Melalui sesi ini, ahli baru akan diberi maklumat, motivasi, teknik yang betul untuk bermula, cara mencari prospek, cara membuat closing, training dan sokongan untuk sistem K-Office online. Ini adalah untuk membolehkan sesiapa sahaja untuk berjaya melalui peluang perniagaan ini. Kami mempunyai sistem yang terbukti berkesan, praktikal, mudah dan cepat untuk dijadikan panduan. Seterusnya hanya lakukan duplikasi sahaja.
-
Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya
Saya sudah menerangkan tadi bahawa semua ahli usahawan Score A Programme bersaingan ‘in the same playing level’. Ini ialah perniagaan anda, bukan perniagaan upline ataupun downline anda. Untuk berjaya dalam Score A Programme, anda perlu berusaha. Saya sangat tidak mementingkan kuantiti downline di bawah saya, tetapi kualiti yang ada pada setiap orang. Tidak ada gunanya mempunyai 1000 downline tetapi 90% daripada mereka semua ‘tidur’.
-
Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan
Pelan pemasaran Score A Programme sangat mudah untuk difahami. Tidak banyak yang perlu dipelajari kerana produk hanya ada satu iaitu portal Score A Programme ini sahaja. Tiada kos-kos tersembunyi.
Saya free hari ini. Kenapa tak call saya? Saya boleh terangkan kepada anda tentang pelan pemasaran Score A Programme ni. Hanya luangkan masa 15 minit sahaja untuk saya.
-
Menstruktur pelan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan pada peringkat awal lagi
Saya sudah menerangkan tadi bahawa keuntungan dalam perniagaan Score A Programme ini ialah berdasarkan pakej yang diambil semasa mendaftar sebagai ahli. Semakin besar pakej, semakin besar dan cepat keuntungan yang diperolehi. Walaupun begitu, untuk ahli yang bermula dengan pakej kecil, anda boleh ‘upgrade’ kepada pakej yang lebih besar kemudiannya. Upline dengan pakej yang lebih besar (eE dan eMax) lebih menguntungkan kerana mendapat duit processing fee sebanyak RM80 dan ‘commission rolled up’.
Inilah fakta-fakta yang dapat saya kaitkan sebagai maklum balas kepada asas-asas utama Syariah yang telah Ustaz Zaharuddin berikan. Daripada maklumat ini, saya dapat simpulkan yang Kenshido International melalui produk Score A Programme memang layak mendapat ‘Syariah Compliance’.








19/04/2010 - 5:17 PM
Assalamualaikum…kami terasa, setelah menjalankan program scorea dan berpeluang meraih insentif atau pendapatan dgn memperkenalkan kpd rakan2 yg lain ttg pendidikan yg hebat ini :- 1. hasilnya tampak ada keberkatan dan talian yg lebih rapat dgn anak2.
2. tiada yg lebih seronok dan gembira bila melihat bonus yg pantas dan lumayan utk diri kita dan rangkaian yg mmg amat sukar dicapai dgn melakukan bisnes mlm yg lain.
3. semacam ia bukan mlm, kerana produknya mmg beramal jariah dan menuntut kita bercakap seikhlas hati dan tiada keraguan apa2 utk memartabatkan anak2 bangsa amnya.
4.hampir2 semua org yg di perkenalkan, akur yg scorea tidak boleh dinafikan yg sebenar2nya ia sangat bermanfaat.
Cuma rakan2 perlu diperingatkan ia masih lagi salahsatu produk pembelajaran yg efektif menggunakan saluran perniagaan, maka apa2pun ada cabaran dan jatuh bangun, hanya org2 yg “berani,bersemangat,bermatlamat, berkesanggupan dan berterusan melakukan sahaja yg akan benar2 BERJAYA.
“Salam Semua di Angkasa Kejayaan”
Nasran/Nor Rafizah
[Reply]
Reka Impian reply:
April 20th, 2010 at 9:14 AM
@mohamed nasran bin abdul ghani: Waalaikumussalam.. Salam hebat dari saya. Apa yang dikatakan oleh encik Nasran itu betul sama sekali. Score A Programme sememangnya sangat hebat untuk anak-anak dan untuk ibubapa yang ingin meraih pendapatan yang lumayan tanpa perlu mengabaikan tanggungjawab menyediakan kemudahan untuk pendidikan anak-anak mereka.
Utamakan pelajaran anak-anak disamping menjana pendapatan melaluinya. Sangat Hebat kan?
“Anak Score A, Ibubapa Score RM”
[Reply]
09/05/2010 - 3:16 PM
hello,i am form 1
my result is not good for me.can you help me? my mother told me but i didn’t don’t do my homework… please.i want to turn my result to score A.
[Reply]
Jesivaneza John reply:
May 9th, 2010 at 3:17 PM
@Jesivaneza John,
[Reply]
Reka Impian reply:
May 10th, 2010 at 9:30 AM
@Jesivaneza John: I recommend you to use this programme (Score A Programme). This program has proven to help students to Score ‘A’ in their exam and very interactive. You will enjoy studying with this program.
If only you want used this programme, just RM298 (RM100 per month), can access for 3 months (24 hour, anytime, anywhere you want & for all subject)
See the package:
http://rekaimpian.com/scorea/program-score-a/pakej-pengguna
To Order :
http://rekaimpian.com/scorea/program-score-a/borang-langganan
Can you give me your address, telephone number & email address?
[Reply]