Skuad Jelajah 1Malaysia GPMS-Score A 2010
Apr 21st

Program Jelajah 1Malaysia GPMS-Score A 2010 akan bermula Mei ini dan dijangka ia selesai sepenuhnya sebelum peperiksaan SPM bermula.
Dua pelajar cemerlang Ahmad Harith Zabidi Azahar, 17, dan Nor Habibah Hanan Mohd. Yusuf, 17, yang masing-masing mendapat 15A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 diumumkan sebagai ikon pelajar Melayu oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) 2010.
Pengiktirafan itu membolehkan Ahmad Harith dan Nor Habibah dilantik sebagai Duta GPMS bagi berkongsi petua kejayaan mereka dengan pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun ini.
Mereka akan menjelajah ke seluruh semenanjung bersama GPMS bagi berkongsi petua kejayaan dan berdialog dengan pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun ini.
Fahami Jualan Langsung Agar Tidak ‘Terjebak’ Penipuan
Apr 8th

Tidak dinafikan, perniagaan jualan langsung menyediakan peluang dan masa depan yang cerah kepada pengguna. Kaedah perniagaannya jika dilakukan secara serius dan bersungguh-sungguh mampu memberi pendapatan yang lumayan. Malah ia diakui sebagai satu industri besar sehingga jumlah jualannya mampu mencecah berbilion ringgit.
Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) melaporkan nilai perolehan yang dicatat bagi industri jualan langsung negara pada 2008 berjumlah RM5.6 bilion dengan RM3.15 bilion daripadanya disumbangkan oleh anggota DSAM yang terdiri daripada 55 buah syarikat multinasional dan tempatan. Kejayaan ini disebabkan konsep jualan terus ini menjamin perkhidmatan dan penerangan yang sampai secara langsung kepada pengguna. Penerangan dan maklumatnya yang jelas, turut memberi kepuasan kepada mereka. Antara produk popular menerusi aktiviti jualan langsung membabitkan produk makanan kesihatan, kosmetik dan pil pelangsing.
Bagaimanapun, aktiviti jualan langsung kini dicemari oleh sikap segelintir pihak yang berusaha mengaut keuntungan dengan cara yang negatif. Sehingga timbul pandangan sinis dalam kalangan orang ramai terhadap perniagaan jualan langsung. Daripada perniagaan berkonsepkan jualan terus kepada pengguna, ada pula segelintir syarikat jualan langsung yang menukar strategi pelan pemasaran mereka iaitu daripada kaedah jualan langsung kepada kaedah penajaan ahli. Kaedah penajaan ahli ini lebih menitikberatkan kepada penajaan ahli baru oleh penaja dan lebih dikenali sebagai sistem Jualan Pelbagai Peringkat atau ‘Multi Level Marketing’ (MLM).
Akta Jualan Langsung Akan Dipinda Tangani Skim Piramid
Apr 7th

Pasti ramai yang tahu atau pernah terdengar mengenai syarikat MLM, dan anda pasti tahu bahawa ia merupakan salah satu jenis perniagaan yang popular di Malaysia. Salah satu masalah yang sering menimpa sistem MLM ialah kewujudan Sistem Piramid iaitu proses kenaikan pangkat melalui penajaan ahli menjadi lebih penting daripada proses menjual produk atau perkhidmatan.
Syarikat-syarikat ini menjanjikan pulangan yang hebat melalui skim piramid dan dan ramai rakyat Malaysia telah menjadi mangsa kepada Skim Cepat Kaya walaupun telah banyak amaran yang diberikan oleh kerajaan. Sebaik-baiknya periksa latar belakang syarikat tersebut sebelum anda membuat keputusan untuk menyertainya sebagai ahli. Pastikan syarikat MLM yang ingin disertai berdaftar dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang dulu dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta mereka mempunyai lesen jualan langsung yang sah.
Tapi sejauh mana perkara ini boleh ditangani? Sedangkan yang telah berdaftar pun masih mampu menipu ahli dan penggunanya. Justeru itu, pihak KPDNKK telah mengambil langkah yang sangat wajar dengan membuat pindaan ke atas Akta Jualan Langsung bagi menangani Skim Piramid ini. Lihat laporan dari Bernama pada 22 Januari yang lepas mengenai perkara ini.
Mengapa perlu e-Learning?
Mar 3rd

Di Malaysia, kehadiran e-learning masih lagi baru jika dibandingkan dengan negara-negara barat khasnya di US, di mana sesetengah sekolah telah menjadikannya sebagai satu kaedah asas pembelajaran bagi menggantikan teknik-teknik pembelajaran tradisional. E-learning di negara kita lebih menjurus kepada pembelajaran secara jarak jauh dan online yang kebanyakannya hanya ditawarkan di peringkat Universiti serta kolej-kolej swasta yang menjalankan usahasama dengan Universiti-universiti luar negara.
Antara pusat pengajian tinggi tempatan yang menawarkan pembelajaran secara maya ini ialah Universiti Putra Malaysia melalui Program IDEAL (Institut Pendidikan dan Pembelajaran Jarak Jauh). UPM julung-julung kalinya menawarkan program Bachelor Komunikasi secara maya. Walaupun yurannya kelihatan agak tinggi berbanding dengan program ijazah saluran biasa, namun jika dibandingkan dengan corak pembelajarannya ia dianggap berbaloi, dengan jadual kuliah yang fleksibel, nota dan tutorial yang boleh didapati daripada Internet serta kuliah secara online. Dengan tidak disedari, ianya dapat menjimatkan kos dan masa terutamanya bagi mereka yang berkerja sepenuh masa serta tempat tinggal yang jauh dari universiti. Dalam erti kata yang lain, melalui pembelajaran secara maya ini, tiada lagi jurang masa dan jarak yang menjadi halangan untuk belajar.
Pelancaran ‘i-Teacher’ oleh USM dan Kenshido (Score A)
Feb 18th

INOVASI UNTUK PENDIDIKAN NEGARA… T.Y.T. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Abbas menekan kekunci pada computer riba bagi menyempurnakan pelancaran pemasaran ‘I-Teacher’ dan Score A Programme di USM hari ini sambil diperhatikan oleh Prof. Ahmad Shukri (dua dari kanan), Prof. Madya Habibah (paling kanan) dan En. Abdul Shukor (kiri). Turut kelihatan ialah En. Jason Kok.
PULAU PINANG, 31 Jan: Selaras dengan misi perkongsian ilmu dengan masyarakat, Universiti Sains Malaysia (USM) telah memperkenalkan produk ‘I-Teacher‘ yang dihasilkan bagi membantu proses pembelajaran di peringkat sekolah.
‘I-Teacher‘ dihasilkan menerusi penyelidikan tiga tahun Prof. Hanafi Atan, Prof.Madya Zuraidah Abdul Rahman dan Prof.Madya Omar Majid, pensyarah di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM dan bakal dipasarkan kepada rakyat di negara ini menerusi kerjasama USM dengan 2 buah syarikat berasaskan teknologi pendidikan, iaitu e-Educator Sdn. Bhd. dan Kenshido International Sdn. Bhd.
Produk berasaskan internet tersebut dilengkapi dengan pengisian mengikut silibus Kementerian Pelajaran Malaysia selain disokong oleh animasi interaktif, elemen bimbingan avatar, persembahan slaid dan ciri-ciri pemantauan perkembangan semasa pelajar.








