Tutorial Score A Programme (Bhg. 1)


Score A Programme merupakan kaedah baru untuk pembelajaran anak-anak pada zaman ICT ini. Bercirikan webucation (web + education), Score A merupakan portal e-learning yang pertama dan terunggul di Malaysia. Berkonsepkan tambah nilai (top-up) untuk guna, dan portal untuk satu keluarga dengan satu harga bagi semua subjek dan tahap sekolah, Score A mampu dilanggan oleh semua keluarga di Malaysia.

Bagi pelanggan-pelanggan baru dan mereka yang masih belum memahami bagaimana cara untuk menggunakan Portal Score A Programme ini, saya telah menyediakan satu tutorial yang ringkas untuk anda. Diharap dengan adanya tutorial ini akan dapat memudahkan lagi anak-anak dan ibubapa untuk menggunakan Portal Score A Programme kami ini. Pada tutorial bahagian pertama ini, saya ingin menerangkan bagaimana caranya untuk mengakses ke eExamination Hall dan membuat latihan/ujian dengan Portal Score A.
 

Akses ke eExamination Hall

  1. Layari laman web wwww.scoreA.com. Anda akan dipaparkan dengan laman seperti ini :-


    Laman utama Score A Programme

  2. Masukkan ID dan Password pada bahagian [Student Login] untuk mengakses masuk ke eExamination Hall.

  3. Baca artikel penuh »

 

 

Skuad Jelajah 1Malaysia GPMS-Score A 2010


Program Jelajah 1Malaysia GPMS-Score A 2010 akan bermula Mei ini dan dijangka ia selesai sepenuhnya sebelum peperiksaan SPM bermula.

Dua pelajar cemerlang Ahmad Harith Zabidi Azahar, 17, dan Nor Habibah Hanan Mohd. Yusuf, 17, yang masing-masing mendapat 15A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 diumumkan sebagai ikon pelajar Melayu oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) 2010.

Pengiktirafan itu membolehkan Ahmad Harith dan Nor Habibah dilantik sebagai Duta GPMS bagi berkongsi petua kejayaan mereka dengan pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun ini.

Mereka akan menjelajah ke seluruh semenanjung bersama GPMS bagi berkongsi petua kejayaan dan berdialog dengan pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun ini.


Baca artikel penuh »

 

 

Fahami Jualan Langsung Agar Tidak ‘Terjebak’ Penipuan


Tidak dinafikan, perniagaan jualan langsung menyediakan peluang dan masa depan yang cerah kepada pengguna. Kaedah perniagaannya jika dilakukan secara serius dan bersungguh-sungguh mampu memberi pendapatan yang lumayan. Malah ia diakui sebagai satu industri besar sehingga jumlah jualannya mampu mencecah berbilion ringgit.

Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) melaporkan nilai perolehan yang dicatat bagi industri jualan langsung negara pada 2008 berjumlah RM5.6 bilion dengan RM3.15 bilion daripadanya disumbangkan oleh anggota DSAM yang terdiri daripada 55 buah syarikat multinasional dan tempatan. Kejayaan ini disebabkan konsep jualan terus ini menjamin perkhidmatan dan penerangan yang sampai secara langsung kepada pengguna. Penerangan dan maklumatnya yang jelas, turut memberi kepuasan kepada mereka. Antara produk popular menerusi aktiviti jualan langsung membabitkan produk makanan kesihatan, kosmetik dan pil pelangsing.

Bagaimanapun, aktiviti jualan langsung kini dicemari oleh sikap segelintir pihak yang berusaha mengaut keuntungan dengan cara yang negatif. Sehingga timbul pandangan sinis dalam kalangan orang ramai terhadap perniagaan jualan langsung. Daripada perniagaan berkonsepkan jualan terus kepada pengguna, ada pula segelintir syarikat jualan langsung yang menukar strategi pelan pemasaran mereka iaitu daripada kaedah jualan langsung kepada kaedah penajaan ahli. Kaedah penajaan ahli ini lebih menitikberatkan kepada penajaan ahli baru oleh penaja dan lebih dikenali sebagai sistem Jualan Pelbagai Peringkat atau ‘Multi Level Marketing’ (MLM).


Baca artikel penuh »

 

 

Akta Jualan Langsung Akan Dipinda Tangani Skim Piramid


Pasti ramai yang tahu atau pernah terdengar mengenai syarikat MLM, dan anda pasti tahu bahawa ia merupakan salah satu jenis perniagaan yang popular di Malaysia. Salah satu masalah yang sering menimpa sistem MLM ialah kewujudan Sistem Piramid iaitu proses kenaikan pangkat melalui penajaan ahli menjadi lebih penting daripada proses menjual produk atau perkhidmatan.

Syarikat-syarikat ini menjanjikan pulangan yang hebat melalui skim piramid dan dan ramai rakyat Malaysia telah menjadi mangsa kepada Skim Cepat Kaya walaupun telah banyak amaran yang diberikan oleh kerajaan. Sebaik-baiknya periksa latar belakang syarikat tersebut sebelum anda membuat keputusan untuk menyertainya sebagai ahli. Pastikan syarikat MLM yang ingin disertai berdaftar dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang dulu dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta mereka mempunyai lesen jualan langsung yang sah.

Tapi sejauh mana perkara ini boleh ditangani? Sedangkan yang telah berdaftar pun masih mampu menipu ahli dan penggunanya. Justeru itu, pihak KPDNKK telah mengambil langkah yang sangat wajar dengan membuat pindaan ke atas Akta Jualan Langsung bagi menangani Skim Piramid ini. Lihat laporan dari Bernama pada 22 Januari yang lepas mengenai perkara ini.


Baca artikel penuh »

 

 

Kenshido Akan Lebar Sayap Ke Pasaran Asia


Kenshido International Sdn. Bhd

Empat faktor utama untuk memastikan kejayaan sesebuah MLM ialah Syarikat, Produk, Pelan Pemasaran dan Kumpulan yang menjalankan perniagaan tersebut. Jika salah satu daripadanya mempunyai masalah, memang sukar untuk MLM tersebut maju. Jika produk berkualiti, tetapi syarikat tidak kukuh, tidak mustahil akan ia akan ditutup pada bila-bila masa. Begitu juga sebaliknya. Ini kerana semakin banyak syarikat MLM yang ada dipasaran menawarkan produk yang sama. Persaingan mendapatkan pelanggan berlaku di sini. Yang mana kuat dia lah yang akan mampu bertahan lama, yang lemah mungkin akan gulung tikar. Tetapi tidak dinafikan dengan adanya usaha yang gigih daripada individu itu sendiri, semua itu bukan penghalang untuk berjaya. Diharapakan ianya disertai dengan etika dan proses yang betul agar pendapatan yang diperolehi adalah berkat.

Score A Programme telah terbukti kejayaannya kerana keempat-empat faktor tersebut. Faktor utama yang paling penting adalah Syarikat. Kenshido International Sdn. Bhd ialah syarikat bagi produk Score A Programme, yang sememangnya kukuh kerana telah 10 tahun sebagai peneraju portal pendidikan. Mereka telah menjalankan R&D selama 4 tahun bagi memastikan program ini berkualiti dan mampu membantu pelajar mencapai kecemerlangan ‘A‘ dalam peperiksaan. Mereka juga telah memasarkan program ini secara Single Level Marketing (S.L.M) selama 2 tahun dan baru 3 tahun program e-learning ini dipasarkan secara Multi Level Marketing (M.L.M). Boleh dikata syarikat ini, adalah sebuah syarikat yang lama tapi baru. Syarikat lama telah terjamin dan kukuh, syarikat baru cepat dan mudah untuk berjaya. Ini dikukuhkan lagi dengan laporan dari sumber berita Bernama pada 3 Oktober 1999 yang lalu mengenai perkembangan perniagaan syarikat ini.


Baca artikel penuh »

 

 

Score A, i-Teacher Bantu Pelajar SPM


Score A i-Teacher

i-Teacher merupakan produk/alat terkini dalam pendidikan yang berasaskan Internet. Dilengkapi dengan pengisian mengikut silibus Kementerian Pelajaran (KPM) selain disokong oleh animasi interaktif, elemen bimbingan Avatar, persembahan slaid dan ciri-ciri pemantauan perkembangan semasa pelajar. Ia direkabentuk dengan khusus bagi membantu pelajar Tingkatan Empat dan Lima sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Mereka dapat membuat persediaan awal dengan mempelajarinya terlebih dahulu melalui program ini dan menjawab soalan berdasarkan Topik/Bab mengikut subjek yang bakal dipelajarinya keesokan hari. Dengan ini pelajar akan lebih mudah faham akan subjek tersebut apabila diajar oleh guru di sekolah. Program ini sangat interaktif dan mampu menarik minat pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dengan ciri-ciri unik yang ada padanya.

Pemasaran produk i-Teacher amat bermakna kepada dunia pendidikan masa kini kerana produk pendidikan secara talian dapat melahirkan remaja berilmu, mahir dan berpengetahuan, disamping menyesuaikan pelajar dengan kehendak, keperluan dan persekitaran pada zaman Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ini. Diharap program i-Teacher dapat memenuhi inspirasi kerajaan untuk melihat ICT digunakan lebih banyak dalam proses pengajaran dan pembelajaran di pelbagai peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi.

 

 

  • Pertanyaan

    Sila hubungi kami melalui telefon atau email untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Score A Programme ini.
    019-611 0482 (Cik Suraya)
    012-233 5360 (Pn. Salmah)
    Email
  • Prof. Dr. Hamka:
    Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba... datang tidak menentu masa... datang di saat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!
  • Seminar / Preview
    Score A Programme™

    B.O.O.M
    TEMPAT
    MASA
    HQ, Kota Damansara
    Selasa
    (8:30 PM)
    HQ, Kota Damansara
    Jumaat
    (8:30 PM)
    ZRB, Bandar Tasik Selatan
    Selasa
    (8:30 PM)
    ZRB, Bandar Tasik Selatan
    Khamis
    (8:30 PM)
    ZRB, Bandar Tasik Selatan
    Sabtu
    (3:00 PM)
    ZRB, Bandar Tasik Selatan
    Ahad
    (10:00 AM)
    Kota Bharu, Kelantan
    Sabtu
    (11:00 AM)
    Kuantan, Pahang
    Sabtu
    (8:30 PM)
    N.D.O
    TEMPAT
    MASA
    ZRB, Bandar Tasik Selatan
    Sabtu
    ZRB, Bandar Tasik Selatan
    Ahad
    T.T.C
    TEMPAT
    MASA
    ZRB, Bandar Tasik Selatan
    Selasa
    (8:30 PM)

    Sila hubungi kami melalui email untuk
    dapatkan alamat lengkap tempat preview

  • Terma & Syarat

    --- PERINGATAN! ---
    Laman ini merupakan laman persendirian milik ejen Score A Programme yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai, para pelajar dan juga ibu bapa.

    Anda dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran bertulis (RSS dibenarkan).


  • Google Analytics Alternative Google PageRank

  • This site is protected by WP-CopyRightPro
    [close]